"aku yang dipenuhi dosa! sudikah DIA?! ALLAH...!" ♥

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ana mengerjakan solat., tapi terasa tidak layak dipanggil solat! solat kerna takut ditakuti Ummi dan Abi.. Solat kerna peraturan sewaktu tinggal di sebuah asrama.. maksud al-Fatihah pun ana tak tahu sedangkan ianya rukun solat! kosong! Astagfirullahalazim...!!

mungkin kerna solat yang kosong! dengan mudahnya diri ana melakukan dosa-dosa lain! menentang kata-kata Ummi dan Abah yang melalui merekalah ana dilahirkan ke dunia! berbuat maksiat yang dianggap perkara biasa! dan macam-macam lagi! Astagfirullahalazim...!!

terkadang rukun Islam dan rukun Iman juga dilupai,, apabila ditanya gementar jadinya! alasan ana! lupa! pengetahuan dunia (akademik,, artis-artis) boleh pula ana hafal! Astagfirullahalazim...!!

segalanya berubah sesudah ana didatangi seorang lelaki yang soleh insyaALLAH,, tanpaNYA,, mungkin sehingga sekarang lelaki itu tidak pernah ana kenal.. ALLAH...

diri yang dipenuhi dosa! sudikah DIA menerima ana sebagai hamba yang diredhoi,, dicintai,, & dikasihiNYA?! ALLAH...
ana yakin! DIA sudi mengampuni hambaNYA ini! kerna DIA MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG! ALLAH...!!

daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -
 --------------->>> exspedisi bermula!


-copy paste-
*sesungguhnya ini adalah diari setiap Muslimah insyaALLAH.. juga buat Mukminin insyaALLAH..


____________________________________________
penulis ; m.f
sumber ; pelbagai*
*tolong bagi komen. *_*
Alhamdulillah.. Wassalam..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam , tiada yang mustahil dengan izinnya .. semoga dipermudahkan