“kegilaanku” ♥

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

jika ditanyakan orang kenapa muslimah itu cakap berseorangan..,
jawapannya..,
kerna dia bercakap dengan TUHANnya الله ROBBUL IZZATI...


jika ditanya kenapa muslimah itu memakai pakaian yang menutupi rupa parasnya.., sehingga jari-jemari serta kakinya juga disembunyikan..,
jawapannya..,
kerna dia ingin sentiasa diperhati dengan penuh kasih sayang oleh DIA...


jika ditanya mengapa muslimah itu asyik membawa sebuah kitab terukir indah dimuka hadapan ; القرءان..,
jawapannya...,
kerna dia ingin sentiasa mengingati tarbiyah cinta DIA...


jika ditanya kenapa bijian-bijian tasbih itu bermain-main dicelahan jemarinya sambil mulutnya berkumat-kamit..,
jawapannya..,
dia ingin lafazkan ayat-ayat cinta pada DIA ROBBUL IZZATI...


wahai diriku dan dirimu...,
usah terasa pelik akan keadaan sebegini...,
usah bersangka buruk akan saudara-saudara kita yang sebegini...,
jika kita bersangka buruk kepadanya..,
seolah-olah kita bersangka buruk kepada DIA الله PEMILIK SEGALA...

wahai dirimu yang selalu menghadapNYA..,
teruskan jihadmu di jalan cintaNYA ini...
usah mengambil negatif akan kata-kata dan pandangan mereka terhadapmu...
demiNYA.., teruskan jihad ini...
diriku yakin..,
redho.., cinta..., dan belas kasihanNYA yang dirimu dambakan...
الله الله الله الله الله ♥


sumber : insyaالله Alhamdulillah copy paste..
penaip : m.f..



“kegilaanku kepadaNYA” -insyaالله kata-kata pencinta-pencintaNYA... ♥

Ingatlah الله sentiasa.
Janganlah lalai dan lupa.
Walaupun sekelip mata.
Biarpun di mana sahaja kamu berada.
Sehingga dikata orang kamu gila.

Biar gila dengan Dia.
Jangan gila selain Dia.
Gila selain Dia sementara sahaja.
Sebelum bertukar rupa.

Hendaklah gila dengan Dia sentiasa.
Kerana Dia tidak bertukar rupa.
Sebab Dia tidak menyerupai sesuatu apa-apa.
Sehingga dirimu menjadi fana dan binasa.
Kerana sangat asyik rindu dan gila dengan Dia.

Maka kekallah Dia sentiasa,
Pada akal fikiran si fana di dalamnya.
Kerana asyik musyahadah akan Tuhannya.

[شيخ عبدالله المدجذوب]
 sama-sama kita muslimah jaga iman.., jaga pandangan..,
muslimah ; tidak memandang.., dan tidak dipandang...

“Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas" (Surah Shaad: Ayat 82-83)

p/s ; insyaالله entri ini juga sesuai untuk ikhwan yer... :)
Alhamdulillah.. Wassalam.. ♥

Tiada ulasan: